blog

Saturday 30 March 2013

Kesan-Kesan Pembuangan Bayi


KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI


Mempunyai tiga kesan:
·         Kesan terhadap bayi
·         Kesan terhadap ibu yang melahirkan
·         Kesan terhadap keluarga perempuan
·         Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap bayi



Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.


Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya.







Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri  dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.


Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.

No comments:

Post a Comment