blog

Friday, 22 March 2013

ABSTRAK : Kes-kes Pembuangan Bayi


PENGENALAN




Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian membangun ini, membuang bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas pembuatan penzinaan tersebut.
   
 Tujuan kami memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi pembuangan bayi ini. Dalam isu yang diketengahkan ini, matlamat kami bertujuan untuk menyedarkan bahawa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan jenayah yang amat berat dan haram di sisi islam kerana bayi merupakan rezeki yang Allah s.w.t turunkan kepada kita sebagai cahaya mata dalam kehidupan.Namun sebaliknya, kita membuang bayi tersebut dan tidak bersyukur atas nikmat Allah s.w.t yang diberikan kepada kita. Pembuanagn bayi sama maksudnya kita membunuh manusia yang tidak bersalah atas penzinaan yang telah kita lakui.
       
 Saya mewakili "Together we Care..We Love" berharap agar pihak kerajaan dan masyarakat mengambil peranan yang amat penting bahawa gejala ini terus berlaku dan memperoleh peningkatan peratus  yang tinggi malah kaum melayu beragama Islam.

No comments:

Post a Comment