blog

Saturday 30 March 2013

Kesan-Kesan Pembuangan Bayi


KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI


Mempunyai tiga kesan:
·         Kesan terhadap bayi
·         Kesan terhadap ibu yang melahirkan
·         Kesan terhadap keluarga perempuan
·         Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap bayi



Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.


Kesan terhadap ibu yang melahirkan
Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya.







Kesan terhadap keluarga perempuan
Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri  dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.


Kesan terhadap masyarakat

Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.

Wednesday 27 March 2013

Keratan Akhbar_Pembuangan Bayi











Punca-Punca Pembuangan bayi




PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI

           Melalui empat kategori iaitu:
·         Daripada Ibu Bapa
·         Daripada rakan sebaya
·         Daripada laman sesawang
·         Daripada diri Sendiri



Daripada Ibu Bapa

[1]Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik dalam keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau IPTA dan lain-lain.Oleh itu,tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam bersama pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik sejak kecil lagi namun apabila mereka kian dewasa didikan serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.




Daripada Rakan Sebaya atau Kekasih

Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung pembelajarannya di IPTA  mahupun IPTS. Mereka  secara automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada waktu ini  mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut dan disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan menyebabkan remaja  mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga  melampaui batasan agama seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.








Contoh : Pengaruh rakan sebaya yang membawa kepada aktiviti sosial yang tidak berfaedah. iaitu seperti melepak, berparti atau berdisko dengan bebas, tiada batas pergaulan dan sebagainya.





Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik

Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana  apa sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah, penayangan filem berunsurkan seks oleh media

[1] http://www.bharian.com/

elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah. Bahan- bahan ini telah mendorng mereka dan membangkitkan nafsu serakah untuk melakukan maksiat dan penzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar  nikah.  



Daripada Diri Sendiri




Masyakat kini boleh digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana terjadi di zaman jahiliah sebelum kedatangan islam lagi. Kanak-kanak perempuan akan dibunuh dan di hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya nutuk mempertahankan maruah keluarga. Begitulah terjadi pada zaman sekarang, kanak-kanak turut dilayan sebegitu rupa tanpa berasa belas kasihan dan dibuang merata-rata hanya untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga pembuang itu. Perbuatan ini membuat bayi menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Jika dibandingkan haiwan dengan manusia, haiwan lebih baik kerana masih mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anaknya.
Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A’raf ayat 179:
Maksudnya:
” Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannyadan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu sepertibinatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai ” .

Saturday 23 March 2013

Pengertian Pembuangan bayi


PENGERTIAN PEMBUANGAN BAYI

[1]   Pengertian pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan mengandung anak luar nikah.Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah, longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.Apakah kita ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidal berperikemanusiaan seperti berlaku pada zaman jahiliah sebelim kedatangan Islam. Kanak-kanak teruma permpuan akan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya mempertahankan maruah keluarga.

[2]   Ajaran Islam dalam pembuangan dan penguguran bayi sangat diharamkan di kalangan masyarakat islam. Ianya dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimanapun yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".

Friday 22 March 2013

ABSTRAK : Kes-kes Pembuangan Bayi


PENGENALAN




Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian membangun ini, membuang bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas pembuatan penzinaan tersebut.
   
 Tujuan kami memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi pembuangan bayi ini. Dalam isu yang diketengahkan ini, matlamat kami bertujuan untuk menyedarkan bahawa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan jenayah yang amat berat dan haram di sisi islam kerana bayi merupakan rezeki yang Allah s.w.t turunkan kepada kita sebagai cahaya mata dalam kehidupan.Namun sebaliknya, kita membuang bayi tersebut dan tidak bersyukur atas nikmat Allah s.w.t yang diberikan kepada kita. Pembuanagn bayi sama maksudnya kita membunuh manusia yang tidak bersalah atas penzinaan yang telah kita lakui.
       
 Saya mewakili "Together we Care..We Love" berharap agar pihak kerajaan dan masyarakat mengambil peranan yang amat penting bahawa gejala ini terus berlaku dan memperoleh peningkatan peratus  yang tinggi malah kaum melayu beragama Islam.

We are Social Work_Together we Care


Jom Berkenalan ^^-__-^^


Assalamulaikum& Hai Hai Hai semua..

Salam sayang dari admin (^_^)

Blog ini dibuat bagi berkongsi tentang pandangan, pendapat, cadangan dan untuk berkongsi apa sahaja berkaitan masalah remaja, belia, kebebasan, dan dunia hari ini. Remaja atau belia yang masih tercari-cari haluan hidup, masih tercari-cari tempat untuk dijadikan rujukan atau tenpat untuk mendapatkan input-input berkaitan, jom..together we share..we discuss..kami akan cuba membantu..!! (^_^)..just because..Together we care..because..we love u..