blog

Saturday, 23 March 2013

Pengertian Pembuangan bayi


PENGERTIAN PEMBUANGAN BAYI

[1]   Pengertian pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan mengandung anak luar nikah.Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah, longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.Apakah kita ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidal berperikemanusiaan seperti berlaku pada zaman jahiliah sebelim kedatangan Islam. Kanak-kanak teruma permpuan akan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya mempertahankan maruah keluarga.

[2]   Ajaran Islam dalam pembuangan dan penguguran bayi sangat diharamkan di kalangan masyarakat islam. Ianya dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimanapun yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".

No comments:

Post a Comment