blog

Saturday 20 April 2013

Anda Pasti Anak Anda Tidak Didera?


Cara mengenal pasti penderaan fizikal terhadap kanak-kanak..

Aduan terus
Aduan dari kanak-kanak itu sendiri, ibu bapa atau orang yang prihatin
Kecederaan yang boleh dilihat
Kesan dari kecederaan tersebut, ibu bapa biasanya akan membawa anak-anak mereka ke hospital, klinik kesihatan atau pengamal perubatan am.
Kecederaan yang dilihat secara kebetulan
Kecederaan seperti bengkak, benjol atau lebam di kesan oleh guru, pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak. Biasanya ibu bapa akan menafikan kecederaan, menunjukkan rasa tidak puas hati atau memberi penjelasan yang tidak jelas. Guru-guru dan pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak dimestikan membuat laporan ke pada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika mengesyaki penderaan fizikal.
Apabila seorang kanak-kanak diperiksa atas kecederaan yang berlaku, kadang-kadang tidak terdapat tanda kecederaan fizikal yang jelas,terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah umur kerana mereka tidak boleh bercakap atau takut untuk bersuara.



Kemungkinan ia adalah penderaan fizikal jika:
Terdapat kesan bakar, bengkak, patah atau lebam di mata
Terdapat kesan bengkak atau tanda yang kelihatan terutama selepas tidak hadir sekolah
Takut kepada ibu bapa dan memberontak atau menangis apabila tiba masa pulang ke rumah
Merasa takut bila dirapati oleh golongan dewasa
Laporan kecederaan oleh ibu bapa atau penjaga



Kemungkinan ia adalah penderaan fizikal jika ibu bapa atau penjaga:
Memberi penjelasan yang berbeza, tidak meyakinkan atau tiada penjelasan mengenai kecederaan anak mereka
Menjelaskan bahawa anak mereka nakal, sukar dikawal atau memberi penjelasan yang negatif
Mengamalkan disiplin fizikal yang tegas/ keras
Mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol dan keganasan rumah tangga
Sering mendapat rawatan di hospital atau klinik kesihatan
Kurang rasa tanggungjawab terhadap keperluan emosi kanak-kanak


Antara Kecederaan Penderaan Fizikal
Kesan lebam

Bengkak, benjol atau lebam adalah tanda utama yang kelihatan jika kanak-kanak didera. Corak yang tipikal dalam kes penderaan adalah tanda lebam yang dapat dilihat di beberapa bahagian tubuh kanak-kanak, selalunya berbeza saiz dan bentuk dan tempoh. Terjatuh dari tangga tidak akan menunjukkan tanda-tanda yang seperti ini. Penderaan fizikal perlu diambil kira jika terdapat bengkak di kalangan bayi yang masih tidak bergerak aktif.
Kesan bengkak, benjol atau lebam di bahagian muka, telinga, paha, punggung dan di belakang selalunya berkaitan dengan penderaan fizikal.
Bagi kanak-kanak yang sering mengalami bengkak selepas terantuk, doktor biasanya akan membuat pemeriksaan bagi mengesan masalah pembekuan darah jika mereka tidak mempunyai rekod penderaan fizikal. Kadangkala tanda lebam akan menyerupai peralatan yang digunakan seperti tali pinggang, rotan dan dalam kes ianya adalah kecederaan bukan disebabkan kemalangan (non-accidental injury).

Patah tulang

Patah tulang biasanya melibatkan penderaan yang lebih teruk dan menyebabkan kecederaan yang serius. Patah tulang boleh berlaku di semua bahagian badan, mungkin hanya satu tulang sahaja yang patah atau lebih bergantung kepada umur. Mungkin juga tidak terdapat tanda semasa patah dan hanya dikesan melalui imbasan X-ray jika patah itu telah lama.
Bagi kes penderaan kanak-kanak, kebanyakan patah tulang berlaku di kalangan mereka yang berusia di bawah tiga tahun. Manakala satu kajian yang dilakukan ke atas kanan-kanak yang tidak terlibat dalam penderaan, 85% dari yang mengalami patah tulang berlaku selepas umur 5 tahun.
Bagi penderaan fizikal, patah tulang biasanya berlaku di bahagian tulang rusuk, tulang selangka dan tulang panjang yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia di bawah dua tahun
Keretakan di tempurung kepala di kalangan kanak-kanak akibat terjatuh jarang berlaku dan mereka biasanya sihat/tidak sakit. Jika dibandingkan dengan kes penderaan yang terdapat pendarahan di dalam otak, mereka selalunya tidak sihat dan boleh mengakibatkan kematian. Ini adalah kerana tekanan yang lebih kuat semasa penderaan berbanding dengan kes kecederaan yang tidak disengajakan.
Penderaan fizikal yang kuat boleh menyebabkan patah, jika keganasan ini berterusan boleh menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak.




Terbakar dan melecur

Kecederaan akibat terbakar dan melecur biasanya berlaku akibat kecuaian ibu-bapa termasuk kanak-kanak yang kurang diberi perhatian atau diabaikan.Kesan lecur yang dilakukan oleh orang dewasa ke atas kanak-kanak biasanya telah dirancang terlebih dahulu dan mempunyai bentuk seperti seterika. Kanak-kanak yang telah di dera dengan cara begini biasanya akan mengalami ketakutan dan mempunyai masalah untuk menceritakan apa yang telah berlaku ke atas mereka.


Kesan bakar perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan jangkitan dan parut. Kanak-kanak yang hampir sembuh juga perlu diberi perlindungan. Kemungkinan ahli keluarga juga perlu diberi pertolongan.
Kesan bakar perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan jangkitan dan parut. Kanak-kanak yang hampir sembuh juga perlu diberi perlindungan. Kemungkinan ahli keluarga juga perlu diberi pertolongan.


No comments:

Post a Comment