blog

Sunday, 21 April 2013

Masyarakat Alpa Tanggungjawab Untuk Membantu Kanak-Kanak Didera



Kes adik Syafiah Humairah Sahari, 3, di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor yang didera secara sadis baru-baru ini menggambarkan hakikat kejahilan dan sikap tidak prihatin masyarakat terhadap hak kanak-kanak. Daripada laporan- laporan yang disiarkan oleh media massa mengenai kes Syafiah itu, jelas ia menggambarkan bahawa penderaan ke atas mangsa telah lama berlaku. Penderaan itu pula bukan sahaja disedari oleh jiran-jiran, malah oleh keluarga terdekat mangsa sendiri.
Namun, dek kerana kurang peka dan prihatin serta memandang ringan tanda-tanda awal penderaan tersebut, ia membuatkan masyarakat sekitarnya alpa sehingga memberi ruang kepada suspek untuk meneruskan kejahatan yang tidak berperikemanusian itu.

Sepatutnya masyarakat sudah tahu ke mana harus dilaporkan kes penderaan kanak-kanak. Bukankah sudah banyak iklan-iklan dan pelbagai bentuk penerangan telah dibuat melalui media elektronik dan cetak yang saya kira sudah cukup untuk mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab membantu kanak-kanak yang disyaki didera.

Masalahnya adalah sikap orang kita yang masih memandang ringan tanda-tanda awal penderaan yang berlaku. Kita hanya bertindak apabila sesuatu kes penderaan itu sudah sampai ke kemuncak atau ketika 'nasi sudah menjadi bubur'. Kita hanya sedar, menyesal dan sedih yang teramat sangat apabila kanak- kanak yang didera itu sudah kaku dan terbujur menjadi mayat.

Terdapat tiga agensi utama yang terlibat dalam prosedur perlindungan kanak-kanak iaitu polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hospital-hospital kerajaan. Saya kira, selain polis, JKM memainkan peranan yang cukup besar dalam kes perlindungan kanak-kanak. Peranan utama JKM adalah untuk menyelamat, melindungi, menjaga dan membantu semua kes penderaan kanak-kanak termasuk membantu pemulihan kesan psikologi kanak- kanak dan keluarganya.

Di bawah Seksyen 8 Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan dengan jelas tentang pelantikan dan kuasa 'pelindung'. 'Pelindung' itu ialah pegawai kebajikan masyarakat yang dilantik oleh menteri di kementerian berkaitan dan dilakukan melalui pemberitahuan dalam warta untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan sebagai pelindung ke atas kanak-kanak yang disyaki didera.

Adalah menjadi kewajipan setiap 'pelindung' melaksanakan tugas dengan dedikasi serta mematuhi dengan tepat garis panduan berkaitan prosedur perlindungan kanak-kanak.

Sesiapa sahaja boleh membuat aduan atau melaporkan kes-kes yang dicurigai kepada mana-mana agensi terbabit. Dari segi kerahsiaan, pengadu tidak perlu bimbang kerana semua laporan berkaitan kanak-kanak yang didera dan diabaikan akan dirahsiakan.

Menurut Seksyen 116 Akta Kanak-Kanak 2001, seseorang yang memberikan apa-apa maklumat mengenai kanak-kanak yang memerlukan perlindungan tidak akan dipersalahkan sebagai memfitnah atau selainnya.

Kesimpulannya, kanak-kanak adalah golongan yang belum matang dari segi fizikal, mental dan emosi. Oleh itu, mereka sangat memerlukan perlindungan dan jagaan sempurna, termasuk perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

Mana-mana kanak-kanak yang disyaki didera, diabai, dieksploitasi atau yang tinggal dalam keadaan tidak sempurna kerana pengabaian, maka kanak-kanak tersebut harus dibantu atau diselamatkan dengan segera.

Memanfaatkanlah Talian NUR...


Antara Pencegahan Penderaan Kanak-Kanak


Bagaimana untuk mengelakkan penderaan kanak-kanak?

Cara mengelakkan penderaan - nasihat untuk ibu bapa

Berhati-hati apabila memilih/mengambil pengasuh kanak-kanak atau penjaga.
Pastikan anda tahu nama penuh mereka dan sekiranya perlu, buat rujukan yang perlu
Pilih pusat penjagaan kanak-kanak yang didaftar dengan penjaga yang terlatih
Dapatkan orang dewasa lain seperti ahli keluarga anda contohnya nenek atau memasang CCTV sekiranya anda mendapatkan khidmat pembantu rumah

Tekankan cara-cara lain mendisiplinkan anak selain dari menggunakan hukuman fizikal yang melibatkan tekanan fizikal dam emosi. Hukuman "Corporal" menggunakan kawalan luar dan boleh melibatkan penggunaan kuasa dan dominasi dan sama seperti penderaan.
Menarik perhatian dan mengubah pandangan
Menentukan jangka masa untuk ditenteramkan
Menetapkan had peraturan yang sesuai dengan tahap perkembangan dan umur kanak-kanak
Penyelesaian masalah
Menarik balik kemudahan sementara waktu
Contoh-contoh cara mendisiplinkan termasuk:

Sesetengah ibu bapa merotan anak mereka untuk menggalakkan mereka belajar dengan tekun. Sekiranya anak anda tidak dapat seperti yang diharapkan atau kelihatan lambat dalam pembelajaran dan perkembangan, dapatkan bantuan, anak anda mungkin memerlukan penilaian dari pakar psikologi atau pakar kanak-kanak atau mengalami masalah pembelajaran spesifik seperti Dyslexia.
Sekiranya anda mengalami kesulitan dengan bayi anda contohnya tangisan tiada henti dapatkan pertolongan dari perkhidmatan komuniti.
Sekiranya anak anda di luar kawalan anda patut dapatkan bantuan.
Sesiapa yang mengesyaki penderaan perlu melaporkan segera kepada polis atau talian tele dera hotline.

Bagaimana untuk mencegah berlakunya penderaan seksual kanak-kanak

Tingkatkan kesedaran umum berkenaan gangguan/ancaman seksual.
Sikap yang positif terhadap mangsa penderaan seksual.
Mengajar kanak-kanak berkenaan nilai moral dan sosial dan menghormati orang lain.
Elakkan perbezaan peranan antara jantina.
Elakkan stigma atau perasaan segan dan malu untuk laporkan gangguan seksual.
Apabila kanak-kanak mencapai umur tiga tahun, ibu bapa perlu mula mengajar tentang sentuhan yang baik dan yang tidak dan memberitahu orang dewasa yang sesuai sekiranya mereka tidak selesa dengan sentuhan atau layanan yang diberi terhadap mereka oleh sesiapa pun.

ADAKAH ANDA TAHU `SHAKEN BABY SYNDROME`

                      
Selain daripada kecederaan kepala yang teruk disebabkan oleh kemalangan jalan raya, 95% adalah disebabkan oleh penderaan kanak-kanak yang berusia 1 tahun. Pendarahan yang berlaku di bahagian lapisan luar otak kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah dipanggil "subdural haemorrhage". Pendarahan subdural berserta dengan keretakan tulang dada (ribs) dan pendarahan dalam mata dipanggil 'Shaken Baby Syndrome'.



SEBAB-SEBAB
Goncangan yang kuat berulang kali adalah penyebab kepada keadaan "Shaken Baby Syndrome", penyebab ini telah diterima pakai buat masa sekarang. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai kawalan leher yang lemah disertai dengan tekanan yang kuat, keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan. Goncangan yang kuat terhadap bahagian lembut tengkorak dan otak boleh menyebabkan tekanan kepada saluran darah dan ianya akan pecah menyebabkan perdarahan subdural. Pada ketika ini, keadaan kanak-kanak yang mengalami "Shaken Baby Syndrome" disebabkan oleh goncangan yang kuat dan berulang, lalu mengalami kecederaan akibat dari goncangan tersebut.
Kesan Kecederaan - apabila kanak-kanak di campak dengan kuat ke dinding, ke lantai atau pada objek lain atau terkena kepada kepala/muka.
Keadaan ini biasanya terjadi apabila ibu bapa atau penjaga tidak tahu berbuat apa-apa terhadap bayi yang menangis berterusan sehingga kehendak/keperluan mereka dipenuhi. Ini menyebabkan ibu bapa atau penjaga menjadi bosan dan tidak sabar semasa menjaga bayi tersebut. Ibu bapa atau pun penjaga dengan tidak secara sedar akan menggoncang bayi tersebut dengan kuat beberapa ketika atau pun menampar bayi tersebut dalam usaha untuk membuatkan bayi tersebut berhenti menangis. Terdapat beberapa kejadian di mana penjaga menggoncang buaian anak dengan kuat menyebabkan bayi terjatuh keluar daripada buaian.



EPIDEMIOLOGI
Terdapat 20-30 bayi "Shaken Baby Syndrome" dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Ini mewakili sebahagian kecil sahaja sedangkan sebahagian mungkin kanak-kanak mati di rumah atau sebelum ianya dirujuk di hospital lain. Lain-lain bayi berkemungkinan juga mempunyai "Shaken Baby Syndrome" yang ringan dan dirawat disebabkan oleh keadaan resah gelisah, muntah-muntah yang diklasifikasikan sebagai "infantile colic".




TANDA-TANDA DAN GEJALA
Bayi yang dimasukkan ke hospital biasanya memberi sejarah seperti berikut ;-
kurang menyusu, muntah-muntah, demam yang rendah dan kemudian diikuti dengan sawan.
keadaan resah gelisah yang akut, muntah-muntah, sawan, kurang tindak balas, tidak sedarkan diri (koma) dan pernafasan yang tidak sekata.
Kebanyakan bayi-bayi ini kelihatan sihat, tiada keretakan di tengkorak dan tiada lebam-lebam di badan. Lain-lain tanda di badan adalah ;
kanak-kanak ini selalunya kelihatan pucat
75-90% bayi mengalami perdarahan di dalam lapisan mata "retinal haemorrhage"
vitreous haemorrhage (bleeding in the vitreous part of the eye)
Retakan-retakan di tulang dada (disebabkan oleh tekanan di dada)
Retakan tulang tengkorak (kesan daripada kecederaan)



KESAN/AKIBAT
Akibat daripada keadaan ini adalah bergantung kepada keterukan goncangan yang dilakukan kepada kanak-kanak tersebut. Oleh kerana otak bayi ini sangat sensitif dan mudah lebam, dengan itu kecederaan daripada goncangan yang kuat dan kekurangan bekalan darah kepada otak semasa kanak-kanak mengalami sawan yang berpanjangan, berkemungkinan besar boleh menyebabkan kematian, kesukaran untuk belajar atau fungsi motor berkurangan. Akibatnya akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri (unconscious).



PENCEGAHAN
"Shaken Baby Syndrome" boleh dicegah daripada berlaku. Sekiranya ibu bapa atau penjaga merasa tertekan atau kecewa dengan bayi mereka. INGAT! JANGAN sekali-kali anak anda tersebut digoncang. Sekiranya anak anda menangis dengan tidak berhenti-henti, dan anda dalam keadaan kebingungan, dapatkan bantuan dengan;
Tempatkan bayi anda di tempat yang selamat seperti di atas katil bayi yang mempunyai pengadang di kedua-dua belah, atau di bilik permainan, dan pastikan bayi dalam keadaan selesa. Tinggalkan bayi sebentar dan tenangkan fikiran anda.
Dapatkan bantuan daripada kawan ataupun saudara-mara untuk menjaga bayi tersebut buat sementara waktu, ataupun membantu anda dalam kerja-kerja di rumah atau menjaga anak-anak anda yang lain.

Ibu bapa atau penjaga seharusnya tidak merasa bersalah kerana tidak dapat memujuk bayi mereka supaya berhenti daripada menangis setelah beberapa kali mencuba. Kajian telah menunjukkan bahawa keadaan bayi menangis yang berterusan ini adalah perkara biasa terutama yang berumur 6-8 minggu. Ini dikenali sebagai " PURPLE cry "
P : Peaks around two months.
U : Unpredictable, often happening for no apparent reason.
R : Resistant to soothing.
P : Pain-like expression on the baby's face, even without any source of pain.
L : Long bouts, lasting 30 to 40 minutes or more.
E : Evening crying is common - what many parents know as the "witching hour" is now a scientifically proven fact
Bayi tidak akan mati disebabkan oleh menangis yang berpanjangan tetapi berkemungkinan mati disebabkan oleh goncangan.
Bayi anda janganlah dilambung ke atas atau diayun semasa anda bermain dengan mereka.




RAWATAN
Bagi bayi yang mengalami "Shaken Baby Syndrome" mereka ini memerlukan rawatan perubatan yang berterusan untuk memastikan kemajuan perkembangan dan tumbesaran bayi tersebut. Begitu juga dengan rawatan penyakit sawan atau sawan babi (epilepsy), fisioterapi dan 'occupational therapy' untukcerebral palsy. Hanya peratusan yang kecil di kalangan bayi dapat disembuhkan kerana otak mereka hanya mengalami sedikit pembengkakan dan kecederaan semasa kejadian.

Saturday, 20 April 2013

Anda Pasti Anak Anda Tidak Didera?


Cara mengenal pasti penderaan fizikal terhadap kanak-kanak..

Aduan terus
Aduan dari kanak-kanak itu sendiri, ibu bapa atau orang yang prihatin
Kecederaan yang boleh dilihat
Kesan dari kecederaan tersebut, ibu bapa biasanya akan membawa anak-anak mereka ke hospital, klinik kesihatan atau pengamal perubatan am.
Kecederaan yang dilihat secara kebetulan
Kecederaan seperti bengkak, benjol atau lebam di kesan oleh guru, pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak. Biasanya ibu bapa akan menafikan kecederaan, menunjukkan rasa tidak puas hati atau memberi penjelasan yang tidak jelas. Guru-guru dan pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak dimestikan membuat laporan ke pada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika mengesyaki penderaan fizikal.
Apabila seorang kanak-kanak diperiksa atas kecederaan yang berlaku, kadang-kadang tidak terdapat tanda kecederaan fizikal yang jelas,terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah umur kerana mereka tidak boleh bercakap atau takut untuk bersuara.



Kemungkinan ia adalah penderaan fizikal jika:
Terdapat kesan bakar, bengkak, patah atau lebam di mata
Terdapat kesan bengkak atau tanda yang kelihatan terutama selepas tidak hadir sekolah
Takut kepada ibu bapa dan memberontak atau menangis apabila tiba masa pulang ke rumah
Merasa takut bila dirapati oleh golongan dewasa
Laporan kecederaan oleh ibu bapa atau penjaga



Kemungkinan ia adalah penderaan fizikal jika ibu bapa atau penjaga:
Memberi penjelasan yang berbeza, tidak meyakinkan atau tiada penjelasan mengenai kecederaan anak mereka
Menjelaskan bahawa anak mereka nakal, sukar dikawal atau memberi penjelasan yang negatif
Mengamalkan disiplin fizikal yang tegas/ keras
Mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol dan keganasan rumah tangga
Sering mendapat rawatan di hospital atau klinik kesihatan
Kurang rasa tanggungjawab terhadap keperluan emosi kanak-kanak


Antara Kecederaan Penderaan Fizikal
Kesan lebam

Bengkak, benjol atau lebam adalah tanda utama yang kelihatan jika kanak-kanak didera. Corak yang tipikal dalam kes penderaan adalah tanda lebam yang dapat dilihat di beberapa bahagian tubuh kanak-kanak, selalunya berbeza saiz dan bentuk dan tempoh. Terjatuh dari tangga tidak akan menunjukkan tanda-tanda yang seperti ini. Penderaan fizikal perlu diambil kira jika terdapat bengkak di kalangan bayi yang masih tidak bergerak aktif.
Kesan bengkak, benjol atau lebam di bahagian muka, telinga, paha, punggung dan di belakang selalunya berkaitan dengan penderaan fizikal.
Bagi kanak-kanak yang sering mengalami bengkak selepas terantuk, doktor biasanya akan membuat pemeriksaan bagi mengesan masalah pembekuan darah jika mereka tidak mempunyai rekod penderaan fizikal. Kadangkala tanda lebam akan menyerupai peralatan yang digunakan seperti tali pinggang, rotan dan dalam kes ianya adalah kecederaan bukan disebabkan kemalangan (non-accidental injury).

Patah tulang

Patah tulang biasanya melibatkan penderaan yang lebih teruk dan menyebabkan kecederaan yang serius. Patah tulang boleh berlaku di semua bahagian badan, mungkin hanya satu tulang sahaja yang patah atau lebih bergantung kepada umur. Mungkin juga tidak terdapat tanda semasa patah dan hanya dikesan melalui imbasan X-ray jika patah itu telah lama.
Bagi kes penderaan kanak-kanak, kebanyakan patah tulang berlaku di kalangan mereka yang berusia di bawah tiga tahun. Manakala satu kajian yang dilakukan ke atas kanan-kanak yang tidak terlibat dalam penderaan, 85% dari yang mengalami patah tulang berlaku selepas umur 5 tahun.
Bagi penderaan fizikal, patah tulang biasanya berlaku di bahagian tulang rusuk, tulang selangka dan tulang panjang yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia di bawah dua tahun
Keretakan di tempurung kepala di kalangan kanak-kanak akibat terjatuh jarang berlaku dan mereka biasanya sihat/tidak sakit. Jika dibandingkan dengan kes penderaan yang terdapat pendarahan di dalam otak, mereka selalunya tidak sihat dan boleh mengakibatkan kematian. Ini adalah kerana tekanan yang lebih kuat semasa penderaan berbanding dengan kes kecederaan yang tidak disengajakan.
Penderaan fizikal yang kuat boleh menyebabkan patah, jika keganasan ini berterusan boleh menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak.




Terbakar dan melecur

Kecederaan akibat terbakar dan melecur biasanya berlaku akibat kecuaian ibu-bapa termasuk kanak-kanak yang kurang diberi perhatian atau diabaikan.Kesan lecur yang dilakukan oleh orang dewasa ke atas kanak-kanak biasanya telah dirancang terlebih dahulu dan mempunyai bentuk seperti seterika. Kanak-kanak yang telah di dera dengan cara begini biasanya akan mengalami ketakutan dan mempunyai masalah untuk menceritakan apa yang telah berlaku ke atas mereka.


Kesan bakar perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan jangkitan dan parut. Kanak-kanak yang hampir sembuh juga perlu diberi perlindungan. Kemungkinan ahli keluarga juga perlu diberi pertolongan.
Kesan bakar perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan jangkitan dan parut. Kanak-kanak yang hampir sembuh juga perlu diberi perlindungan. Kemungkinan ahli keluarga juga perlu diberi pertolongan.


Apakah Penderaan Kanak-kanak



Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi dan komersial,
Merangkumi semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual, pengabaian atau kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi, yang boleh atau telah menyebabkan kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak, dari segi kehidupan, perkembangan atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di mana pendera ada perhubungan tanggungjawab atau kuasa atas kanak-kanak berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak itu - WHO pasukan pencegah kecederaan keganasan,1999.
Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk :
o Penderaan fizikal
o Penderaan Seksual
o Penderaan Emosi
o Pengabaian
Antara jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak
A) Penderaan fizikal
Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau kematian)
o Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.
o Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak.

Tiada selalunya ada niat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan
o Ia mungkin disebabkan dari tujuan untuk mendisiplinkan yang berlebihan atau hukuman fizikal
o Gangguan dari tangisan bayi dan ketidakbolehan untuk mengendalikannya


Buli, dan "shaken baby syndrome" termasuk dalam Penderaan Fizikal
B) Penderaan Seksual
Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan yang sepatutnya bertanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
o Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang.
o Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar lucah
Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar
C) Penderaan emosi
Biasanya sukar untuk dibuktikan
Biasanya berlaku bersama lain jenis penderaan dikenal pasti
o Memperkecilkan (termasuk kaki buli di sekolah)
o Kerap mengenakan orang lain
o Memperkecil dan memalukan
o Menolak perawatan
o Mengurung kanak-kanak seperti dalam almari gelap
D) Pengabaian
Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak tidak mendapat keperluan asas yang diperlukan dari orang dewasa
o Fizikal - (contohnya kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan untuk keselamatan yang sepatutnya)
o Perubatan - (contohnya untuk menyediakan perubatan atau perawatan kesihatan mental)
o Pendidikan dan penyeliaan - (contohnya kegagalan untuk memberi pendidikan atau memenuhi keperluan khas yang lain)
o Emosi
- Tidak memberi perhatian kepada keperluan emosi kanak-kanak
- Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi
- Membenarkan kanak-kanak untuk menggunakan alkohol atau dadah lain
o Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan faktor kemiskinan sebelum kes dilaporkan sebagai kes pengabaian.

Tuesday, 16 April 2013

Hinakah Aku.....?? Aku Juga Punya Hati......


IBU...AYAH...JANGAN BUANG AKU..AKU INGIN HIDUP..
AKU INGIN BERBAKTI KEPADAMU
ANAK KECIL (BAYI) IBARAT KAIN PUTIH..MEREKA SUCI..TIDAK BERDOSA..
MENGAPA HARUS DIRAGUT KEHIDUPAN MEREKA..
MENGAPA MEREKA DIBUANG BEGITU
WALAU APA PUN ALASANNYA
MEREKA TETAP INSAN...MANUSIA..SI KECIL YANG TAK BERDOSA

Bagaimana Si Kecil Tercipta???


HAYATILAH SEKETIKA ANDAI KITA MASIH PUNYA HATI..MASIH PUNYA JIWA
MASIH PUNYA AKAL BAHAWA KITA TAKKAN WUJUD TANPA IBU & AYAH
DAN
TIDAKKAH KITA MENYEDARI..CIPTAAN TUHAN ITU SUNGGUH MENAKJUBKAN??
UNIK & CUKUP INDAH CIPTAANNYA
DIPINJAMKAN RAHIM IBU KEPADA KITA
SEHINGGA KITA SUDAH MAMPU MERANGKAK,BERTATIH..BERJALAN..& AKHIRNYA BERLARI MENGEJAR KESERONOKAN DUNIA??
SEHINGGA KITA BERGELAR DEWASA??

.....AYUHLAH HAYATI BERSAMA......



& KEMUDIAN..RENUNGKAN SEMULA...BAWA SEMULA DIRI KITA KE MASA LALU
PEJAMKAN MATA SEKETIKA
BAYANGKAN WAJAH SI AYAH..SI IBU...
BAYANGKAN MASA LALU
ALANGKAH BAHAGIANYA HATI SAAT KITA DILAHIRKAN
TERFIKIRKAH KITA???
SEANDAINYA..DI SAAT ITU...
KITA DILETAKKAN DI LORONG-LORONG GELAP
DICAMPAK KE DALAM TONG SAMPAH
DIHANYUTKAN KE SUNGAI
TIDAKKAH KITA TERKILAN..SEDIH..KECEWA??
ANDAI DI SAAT SI KECIL
SUDAH MAMPU BERKATA-KATA
"IBU...JANGAN TINGGALKAN ADIK KESEORANGAN DI SINI..
ADIK SEJUK...ADIK TAKUT..ADIK SAYANG IBU..SAYANG AYAH..
ADIK NAK TIDUR DENGAN IBU & AYAH..."
MUNGKIN JUGA SI KECIL YANG TIDAK MENGERTI ITU AKAN BERTANYA
"TIDAKKAH IBU MENYAYANGI AKU??"

SUBHANALLAH..WALHAMDULILLAH..WALAILA..HAILLALLAH...ALLAHUAKHBAR..

MARILAH..MARILAH MENUJU KE JALAN ALLAH..
BERSIHKAN DIRI
MASIH PUNYA KESEMPATAN..JANGAN JADI ORANG SOMBONG
TERUS ANGKUH DENGAN DIRI SENDIRI
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN
DIA SENTIASA MEMBUKA PINTU TAUBAT UNTUK HAMBANYA..!!

& KAMI ADA...UNTUK ANDA..

KOMEN DI SINI..
TINGGALKAN PESANAN ANDA..LUAHAN ANDA..PENDAPAT..PENGALAMA..
ATAU..ANDA BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN KAMI
SERTAKAN E-MAIL/AKAUN FACEBOOK/TWITTER/WASSUP DLL


Tangisanku ini...kerana....Aku Ingin Berubah...!!



adik-adik remaja 
rakan-rakan
muda mudi di luar sana
jadilah insan yabg sentiasa ingin berubah ke arah yang lebih baik
jadilah insan contoh
sama-samalah kita membendung masalah pembuangan bayi
jadilah anak yang soleh/solehah
semoga kita temui redha Allah
di dalam keredhaan kedua orang tua kita
masih sempat untuk berubah
jommm...!!
berubah (^_^)

Sunday, 14 April 2013

Kami juga ingin melihat dunia..


Pembuangan bayi

Walau bagaimanapun,setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan mencegah saupaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan awal kerana “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini merupakan Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya untuk bertanggungjawab dan menjaga malah sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan dilahirkan itu menjadi satu beban kerana mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia yang masih muda iaitu usia remaja.




Friday, 12 April 2013

Bantuan-->Petikan: Raudhatus Sakinah


Raudhatus Sakinah Bantu Remaja Terlanjur 



ANITA, 19 tahun (bukan nama sebenar) baru saja tamat peperiksaan akhir Matrikulasi di sebuah universiti awam tempatan. Hatinya melonjak-lonjak ingin bertemu kekasihnya, Herman, 21, (pelajar tahun 2 sebuah institusi pengajian tinggi awam) sebelum balik ke kampungnya untuk bercuti panjang.

Herman terlalu sayangkan Anita dan cuba melamarnya untuk mengikat tali pertunangan. Namun, orang tua Anita menolaknya dengan alasan dia masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Setelah berjumpa Herman, bas akhir yang ingin dinaiki Anita terlepas, menyebabkan dia terpaksa bermalam di rumah sewa Herman. Lalu berlakulah apa yang sepatutnya tidak berlaku pada seorang gadis belasan tahun yang masih mentah dalam bercinta.

"Saya rasa sangat menyesal kerana tidak tahu apa yang harus dibuat untuk menolak ajakan teman lelaki saya. Dia berjanji akan mengahwini saya, tetapi saya mahu melanjutkan pelajaran dulu". kata Anita.

Anita mengesyaki dirinya hamil selepas tiga bulan tidak kedatangan haid. Pada masa itu, dia baru saja mendapat keputusan matrikulasi yang melayakkan beliau memasuki kursus yang dikehendakinya. Namun, dia terpaksa menangguhkan dulu pengajiannya apabila diterima masuk ke Raudhatus Sakinah yang akan menguruskan kelahiran bayinya.

Ruzaimah, 23, (bukan nama sebenar) lama bercinta dengan Amir, 22, (bukan nama sebenar) yang tinggal di taman bersebelahan kawasan perumahannya. Percintaan mereka bermula sejak selesai Sijil Pelajaran Malaysia dan diketahui keluarga kedua-dua pihak. Kebetulan, mereka sama-sama dapat melanjutkan pelajaran ke salah sebuah politeknik di Pantai Timur. Hubungan mereka seperti 'belangkas' dan diketahui oleh masyarakat kampus. Ruzaimah seorang pelajar pintar dan telah dua kali naik pentas menerima hadiah kecemerlangan pelajaran.

Malang nasibnya, apabila dia hamil akibat pergaulan bebas tanpa batasan, dia dan Amir disingkirkan dari kampus apabila penolong pengetuanya terhidu berita itu. Mereka terpaksa bernikah rahsia kerana ibu bapa Amir melarangnya berkahwin. Kini, Amir terpaksa bekerja di sebuah kedai runcit untuk menampung kehidupan mereka serta bayi yang bakal lahir.

Raudhatus Sakinah, yang menerima kemasukan Ruzaimah, membantu menguruskan perkahwinan mereka dan memberi khidmat kaunseling kepada pasangan remaja itu.

Kisah benar di atas hanya secebis daripada pelbagai kisah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terbabit dengan gejala zina akibat pergaulan terlalu bebas tanpa batasan. Sungguh malang dan menyedihkan, mereka yang pintar ini, seharusnya menjadi contoh bagi remaja lain, Namun, disebabkan kejahilan terhadap kesihatan reproduksi, sikap ibu bapa yang terlalu mengongkong dan enggan memahami cinta remaja, serta pergaulan bebas, menyebabkan penyakit sosial ini semakin menular kebelakangan ini.

Statistik Raudhatus Sakinah menunjukkan, 15 peratus daripada pelatihnya adalah pelajar IPT. Namun, kami percaya jumlahnya lebih besar lagi.

Banyak maklumat yang kami terima daripada pelatih bahawa ada rakan mereka yang hamil, pergi ke klinik swasta untuk menggugurkan kandungan dengan hanya membayar sejumlah wang. Alangkah malangnya wang biasiswa yang diterima, digunakan pula untuk tujuan yang terkutuk itu!

Allah berfirman, maksudnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar." (Surah al-Isra : 32-33).

Ayat di atas menunjukkan kaitan zina yang dilakukan dengan kesalahan membunuh, yang biasanya terpaksa dilakukan untuk menutup malu. Relakah kita melihat remaja kita menanggung dua dosa besar yang dilakukan? Kepada adik-adik remaja yang terlanjur, bertaubatlah segera dengan taubat nasuha. Hentikan segala tindakan yang akan membawa kepada berlakunya zina sekali lagi.

Islam mengharuskan hubungan halal di antara lelaki dan wanita melalui perkahwinan. Malah, Islam menganggap perkahwinan sebagai sebahagian daripada amal salih dan ibadat kepada Allah. Islam mahu menjadikan perkahwinan itu, satu pekerjaan yang mudah dibuat dalam masyarakat serta menjadikan zina itu sebagai pekerjaan paling sukar dilakukan.

Kerana itu, Islam menggariskan konsep hijab yang juga kod etika atau pedoman bagi lelaki dan wanita berurusan dalam masyarakat.

Sistem hijab menekankan kepada menjaga batas pergaulan, adab berpakaian di kalangan ahli keluarga lelaki dan perempuan, dan adab menutup aurat di hadapan mereka yang halal dinikahi. Ia juga menekankan supaya menjauhi diri daripada syahwat yang tersembunyi, dengan cara menundukkan pandangan terhadap media lucah, pandangan berahi dan pendedahan aurat.

Remaja harus dididik supaya bertanggungjawab di atas segala tindakan mereka, yang akan memberi kesan pada kemudian hari. Sekali mereka terjebak, kesudahannya penyesalan sepanjang hayat! Apakah kesan bagi remaja IPT ini apabila berlaku kehamilan di luar nikah?

1. Mereka dibuang dari IPT atau digantung pengajian. Bayangkan perasaan malu yang menimpa serta masa depan yang gelap! Mereka juga terpaksa bekerja dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia saja.

2. Mereka menggugurkan kandungan dan dalam keadaan jahil, berterusan melakukan zina, hingga ada yang telah berkali-kali ke klinik untuk melakukan pengguguran! Perlu ditegaskan, melakukan pengguguran berulang kali dalam tempoh terdekat pada usia remaja boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem reproduksi dan mendatangkan pelbagai komplikasi pada masa depan.

3. Menghidap penyakit kelamin seperti herpes, sifilis dan Aids. Ini biasa berlaku kepada remaja perempuan yang berpasangan dengan lelaki dewasa yang sering pula bertukar-tukar pasangan.

4. Dibuang keluarga yang malu akibat perbuatan aib mereka.

5. Terpaksa bernikah secara tergesa-gesa tanpa persediaan mental dan emosional yang stabil.

6. Mengalami penderitaan emosi, terutama apabila si lelaki tidak mahu bertanggungjawab atau menghilangkan diri.

7. Gangguan mental juga dialami remaja perempuan apabila memikirkan masa depannya yang gelap.

Raudhatus Sakinah kerap menerima kes di mana ibu bapa masih enggan menikahkan anak mereka yang terlanjur atas alasan anak terlalu muda, masih lagi belajar dan belum bekerja. Apakah pekerjaan lebih penting dari bertanggungjawab atas dosa yang dilakukan?

Ibu bapa pelajar lelaki juga didapati 'mengajar' anak lelaki mereka agar jangan mengaku, sebaliknya menyalahkan remaja perempuan yang mengandung, dengan tuduhan yang tidak wajar. Ini menyebabkan pernikahan tidak dapat diteruskan dan usaha menyelesaikan masalah pasangan itu menemui jalan buntu, sedangkan mereka sudah benar-benar insaf dan mahu bertanggungjawab.

Kami ingin meminta sekalian ibu bapa agar bersikap prihatin dan memahami remaja. Sekiranya anda melarang mereka daripada berkahwin ketika masih menuntut, nyatakan secara jelas sebabnya dan keprihatinan anda. Jangan galakkan mereka bertemu dan seterusnya hanyut dalam hawa nafsu.

Sekiranya mereka meminta izin untuk berkahwin demi mengelakkan maksiat, itulah yang sebaik-baiknya. Mudah-mudahan dengan berkat restu dan doa anda sebagai ibu bapa, keberkatan dan rahmat Allah akan melimpah dalam kehidupan mereka.

RAUDHATUS Sakinah menawarkan bantuan kaunseling siber kepada remaja bermasalah dan boleh dihubungi e-mel raudhatus_sakinah@yahoo.com
PENULIS adalah sukarelawan Raudhatus Sakinah

Wallahu'allam.
Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
19 March  2003

Sunday, 7 April 2013

Langkah-langkah Menangani


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBUANGAN BAYI

Melalui tiga peranan iaitu:
·         Peranan pihak berkuasa dan badan NGO
·         Peranan ibu bapa
·         Peranan pihak media massa


Peranan Pihak Berkuasa dan Badan NGO

       Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi kemelutan pembuangan bayi. Pihak berkuasa terutama pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu di penjara seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Badan-badan NGO pula hendaklah mengadakan program peringkat awal pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah pembuangan bayi ini.

Peranan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.

Peranan Pihak Media Massa

Peranan pihak media massa adalah memberikan  pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang  seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti ‘Dosa Besar’ dan ‘Adab Bergaul’ mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja  dalam melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegen 18sx.